Falsafah Murugan Chillayah

Dasar kerohanian dan keharmonian

Guruji Murugan memberikan latihan praktikal untuk kanak-kanak di sekolah di Malaysia.

Guruji Murugan percaya kesenian, kesusasteraan, dan sains daripada tamadun awal India yang mengandungi nilai-nilai murni dan kerohanian boleh dikaitkan atau boleh diserasi untuk kehidupan di zaman moden, yang boleh membantu meningkatkan nilai kemanusiaan seperti kesedaran diri, ikhsan, belas kasihan dan disiplin yang tinggi. Beliau telah merancang dan menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan seni tradisi dan sukan tradisional India dengan menyatukan unsur-unsur pendidikan, kesihatan, kecergasan, kebudayaan, pengetahuan alam semula jadi, mengenal pasti atau mengetahui perihal perubahan iklim, dan juga aktiviti rekreasi yang berkaitan melalui latihan Silambam, Kuttu Varisai, Yoga Tradisional, dan Varma Kalai. Latihan dan pelajaran yang berkaitan diberikan untuk semua orang - tanpa mengira umur, warna kulit, bangsa, etnik, agama, asal usul negara, jantina, atau kecacatan.[1]

Beliau menyatakan bahawa segala unsur-unsur yang terkandung dalam seni tradisi India (Silambam, Kuttu Varisai, Yoga Tradisional, Varma Kalai, dan Siddha) yang berasal dari zaman tamadun awal India, ke zaman dinasti-dinasti India sehingga ke zaman ini, boleh dipelihara atau dikekalkan melalui latihan teori sistematik yang digabungkan dengan teknikal dan praktikal. Ini juga bantu meningkatkan mutu seni tradisi India dan memberi kesedaran kepada semua golongan masyarakat, tanpa dibataskan atau dipecahkan kepada hanya untuk satu kaum, agama atau budaya. Dalam program-program beliau yang berasaskan teknikal dan praktikal, beliau juga menyatakan bahawa manusia berkongsi ikatan rohani dengan makhluk hidupan yang lain disekeliling kita dan alam semula jadi, dimana kesemuanya bersama-sama saling bantu membantu dalam mencapai sesuatu matlamat kehidupan dibumi ini, mahupun untuk menuju kehidupan kearah alam yang lain.[1]